Langkah Pertama Menjadi Akauntan Profesional Bertaraf Dunia

Sertai program ACCA & ICAEW bersama INTEC dan Yayasan Peneraju – peluang tajaan, bimbingan pakar & kerjaya cemerlang menanti anda.
27 Mei 2025

Tarikh Mula Program (Kemasukan Mei)

1 April 2025

Tarikh Pembukaan Permohonan

16 Mei 2025

Tarikh Tutup Permohonan

30 Jun &
16 September 2025

Kemasukan Seterusnya

Apa itu ACCA & ICAEW?

ACCA dan ICAEW adalah kelayakan perakaunan antarabangsa yang diiktiraf di seluruh dunia – menjadi tiket anda ke kerjaya hebat dalam audit, kewangan, perbankan, pelaburan, dan banyak lagi, di dalam dan luar negara.

ACCA (Association of Chartered Certified Accountants)

Laluan ini membawa anda untuk menjadi akauntan bertauliah yang diiktiraf di lebih
180 negara, dengan pendedahan menyeluruh dalam bidang perakaunan, audit, percukaian, dan pengurusan kewangan – mempersiapkan anda untuk membina kerjaya yang fleksibel dan stabil, di mana sahaja anda berada.

ICAEW (Institute of Chartered Accountants in England and Wales)

Salah satu kelayakan paling berprestij dari UK, direka untuk membentuk profesional elit dalam kewangan dan perakaunan. Diiktiraf oleh firma-firma antarabangsa dan korporat besar.

Kenapa Memilih ACCA & ICAEW?

Diiktiraf secara global – peluang pekerjaan di seluruh dunia.
Laluan pantas untuk menjadi akauntan bertauliah.
Peluang gaji tinggi & stabil.
Fleksibel – boleh belajar sambil bekerja (untuk peringkat tertentu).
Permintaan tinggi di kalangan majikan di Malaysia & luar negara.
Membuka peluang untuk menjadi CFO, auditor, financial analyst dan banyak lagi.

Skim Pembiayaan Bumiputera Yayasan Peneraju

  • 3 pilihan pakej pembiayaan yang fleksibel.
  • Pembiayaan maksimum sehingga RM150,000 dengan 0% kadar faedah.
  • Peluang pembangunan bakat secara berterusan
  • Peluang jaringan bersama lebih 75,000 bakat yang lain di bawah Yayasan Peneraju

Pakej Pembiayaan Bumiputera Yayasan Peneraju

Silver

sehingga
0
  • Yuran Latihan / Pengajian
  • Yuran Profesional / Peperiksaan
  • Elaun Bulanan*
  • 0% Bayaran Balik*
  • Boleh Dibiayai Sekali Sahaja*
  • Pinjaman Boleh Ubah kepada Biasiswa jika Lulus Penuh
    (Straight Pass)*

*tertakluk kepada terma & syarat

Gold

sehingga
0

setiap permohonan

  • Yuran Latihan / Pengajian
  • Yuran Profesional / Peperiksaan
  • Elaun Bulanan*
  • 50% Bayaran Balik*
  • Boleh Dibiayai Semula*
  • Pinjaman Boleh Ubah kepada Biasiswa jika Lulus Penuh
    (Straight Pass)*

*tertakluk kepada terma & syarat

Platinum

sehingga
0

setiap permohonan

  • Yuran Latihan / Pengajian
  • Yuran Profesional / Peperiksaan
  • Elaun Bulanan*
  • 20% Bayaran Balik*
  • Boleh Dibiayai Semula*
  • Pinjaman Boleh Ubah kepada Biasiswa jika Lulus Penuh
    (Straight Pass)*

*tertakluk kepada terma & syarat

Syarat-syarat kelayakan:

• Warganegara Malaysia
• Bumiputera
• Umur 16 ke atas
• Lepasan SPM / IGCSE dan setaraf
• Bukan penerima aktif pembiayaan lain daripada Yayasan Peneraju

Pencapaian PAC INTEC

Penerima ACCA Global & ICAEW CFAB Awards
0
Graduan Perakaunan Profesional
0
Penyedia Pembelajaran Yayasan Peneraju Sejak 2015
0
Platinum Approved Learning Partner ACCA Sejak 2017
0

Kisah Pelajar INTEC

Di INTEC Education College, kami berbangga dengan kejayaan luar biasa pelajar kami yang telah mencapai kejayaan global dalam peperiksaan ACCA dan ICAEW. Kejayaan mereka bukan hanya sekadar nombor. Ianya adalah bukti dedikasi, kerja keras, dan komitmen dalam mencapai kecemerlangan.

Jalinan Kerjasama

INTEC menjalin kerjasama strategik bersama organisasi terkemuka seperti Universiti
Teknologi MARA (UiTM), Yayasan Peneraju, ACCA, MQA, BPP, dan ICAEW yang
menjadi antara faktor utama kejayaan dan pengiktirafan antarabangsa
yang dimiliki hari ini.

Hubungi kami

Sila hubungi kami untuk membincangkan keperluan anda.

  • +603 8603 7077
  • corporate@intec.edu.my
  • Jalan Senangin Satu 17/2A, Seksyen 17, 40200 Shah Alam, Selangor

Pembiayaan Bumiputera Yayasan Peneraju

X